12 Cara Isteri Sentiasa Disayangi Suaminya

Sebagai seorang isteri adalah wajar mereka mengetahui cara-cara yang membolehkan si suami sentiasa menyayanginya. Walhal ini adalah kerana setiap rumah tangga perlulah di bimbing oleh semua pihak tidak kiralah suami mahupun si isteri kerana setiap rumah tangga ada pentadbir, kaunseling, didikan dan sebagainya. Jesteru itu, saya membuka sedikit sebanyak pengetahuan kepada si isteri untuk mereka lebih mengetahui tentang cara-cara isteri yang sentiasa di sayangi oleh si suaminya. Antaranya: 
1. Isteri hendaklah bangun awal, jangan sampai suami yang bangun dahulu dan memasak pula untuk isteri. Mana perginya tanggungjawab isteri macam ni kalau asyik suami je yang bangun awal dan tolong masakkan untuknya,adui kacianlah pulak tu ye. Janganlah berlaku demikian, kasian pulak kalau di fikirkan.. 
2. Tadi pasal suami yang bangun awal pastu dia yang sediakan makanan. Betul tak?? Jadi macam mana suami nak sayang macam tu,betul? Bagi cara yang kedua pula si isteri hendaklah segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, seperti kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi-pagi hari,takkanlah nanti di minta barulah nak disediakan..
 3. Bila suami hendak pergi kerja, isteri di galakkan menghantarnya sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi masa tu jangan nanti isteri dalam keadaan tak rapi nanti badmood lah pulak si suami anda lihat nanti keadaan anda. Ingat tu...

4. Bila suami pulang dari kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Isteri hendaklah sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja. Jangan sampai pulak suami terpaksa beli kat kedai untuk beliau makan.
6. Sederhana dalam berpenampilan. Umumnya, laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekapnya tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan. Dan kalau hendak mekap tu jangan sampai lebih-lebih sangat nanti terkejut pulak suami anda..
7. Jika ada masalah dalam rumah tangga atau apa-apa yang bergejolak dihati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami, dan lebih elok jika masalah itu di bincangkan bersama..
8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Janganlah masa senang kita dekat dan sentiasa dengan suami tetapi semasa beliau susah kami(isteri) berjauhan dan membuat tidak endah terhadap masalah suami. Jangan bersikap demikian..

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri. Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah, itu adalah amalan yang tidak elok..

11. • Jika ingin keluar, mintalah izin atau atas pengetahuan suami. Bukan apa, saya tegaskan di sini kerana tidak elok isteri keluar begitu sahaja tanpa pengetahuan suaminya sedangkan anak perempuan perlu meminta izin dari ayah dan ibunya semasa hendak keluar inikan pula isteri, kan tanggungjawab suami untuk tahu kemana isteri keluar dan apa sebabnya untuk keluar. Barulah tidak merisaukan suami..
12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam berbelanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting. Kena ingat, belanjalah apa yang perlu sahaja kerana ekonomi rumah tangga perlulah di teguhkan juga sepertimana negara perlu di teguhkan barulah rakyat harmoni dan aman dari kemunduran dan kemiskinan....
Hebatkan diri anda kerana yang hebat dapat meneguh dan menguatkan struktur binaan rumah tangga yang goyang....





"Mhhilman"

Tanda Orang Lelaki Merajuk


Bagi kaum wanita, atau yang bergelar isteri atau yang nenek-nenek diluar sana yang tidak tahu kerenah atuknya masa merajuk,aaa ni dia. Mereka harus tahu macam mana tingkahlaku dan riaksi kaum laki-laki apabila mereka merajuk takut-takut si pakwe, suami, ayah, atuk dan tok nye anda merajuk, bolehlah anda tahu dan terus pujuk. Betul tak? Jadi tanda-tandanya adalah:
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Tapi, kenalah tengok jugak riaksinya takut-takut dah memang perangai dia...

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu je dengan anda. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud. aaa kalau macam ni entah apalah korang buat agaknya.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… ),.ala kacian pulak. Sape suruh merajuk? Betul tak?

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la kononnya. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! Ambik henger wat sidai baju baru tahu....

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta. Jadi isteri tolong-tolong tanyalah tu...

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Tengok sikit tu kot-kot tertidur pulak depan tv tu.... 

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyar! Sabarlahhh....

Hisap rokok
Kalau dah merajuk punyalah, dapat rokok tu macam tak pernah dapat rokok setahun…

Itulah dia, jadi pada kaum wanita, kalau tengok-tengok ada tanda-tanda macam ni pada kaum lelaki, sabarlah ye, cepat-cepat pujuk. Ala merajuk kejap je tu...Hebat dan kuatkan semangat.. pasti hidupkan ceria...




"Mhhilman"

Cara-Cara Melayan Suami.


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap si isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Anda si isteri kenalah ingat, amatlah malang sekali jika ramai lagi si isteri yang masih bersikap sedemikian rupa walhal kamu tidak sepatutnya berbuat demikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini saya nyatakan sedikit cara-cara berhadapan dengan suami sebagai panduan bagi yanng bergelar isteri atau bidadari rumah tangga. Cara-caranya adalah:

1. Semasa suami sedang bercakap hendaklah si isteri diam serta mendengar ucapan suaminya itu dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami sedang marah hendaklah isteri mendiamkan diri, dan jangan menjawab apa-apa ucapan suami melainkan jika perlu sahaja. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami anda kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan anda tunggu suami yang meminta maaf dengan anda, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.huhu..betul tak bagi kaum adam?
3. Kadang-kadang si suami ada juga yang sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri tadi, hendaklah banyak-banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit/menangis bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya. Kamu nak macam tu si isteri?tak nak kan?jadi kena hati-hati dengan usikan suamimu.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Maklumlah kaum lelaki ni ada masanya untuk di layan dengan baik. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Kalau hendak memasak, hendaklah memasak mengikut kesukaan suami, bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga dan suami pun turut sayang.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi. Tapi kena hati-hati jugak takut-takut lain pulak yang di gunanya.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. Jadi anda(isteri) kenalah ingat tu.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka, jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada suami tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya... Hebatkan rumah tangga anda. Rumah tangga yang bahagia menjana kehidupan yang harmoni dalam keluarga,..



"Mhhilman"