Perbincangan

Isu-isu perbincangan tentang rumah tangga telahpun di laksanakan di setiap jabatan-jabatan agama islam yang terdiri daripada pihak kaunseling dan motivator-motivator yang tersendiri. Bukan itu sahaja, perbincangan tentang masalah keluarga juga turut di sediakan di laman web-laman web tertentu bagi memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah tersebut terutama masalah yang kian berlaku sekarang dalam kelompok rumah tangga iaitu isu penceraian. Jika masalah ini tidak dapat dibendung, saya risau banyak masalah penceraian yang akan berlaku pada masa akan datang memandangkan persekitaran dan kehidupan sosial pada masa sekarang begitu berleluasa. Jadi ayuhlah wahai yang telah bergelar ibu dan bapa marilah sama-sama kita menerapkan isu perbincanga tentang rumah tangga tidak kiralah melalui perbincangan sesama anda, di tempat kaunseling mahupun di laman-laman tertentu supaya masalah keluarga dapat di bendung dan di pupuk setiap masa semoga isu ini tidak berulang dan berkurangan di masa akan datang..





"Kehebatan anda, semangat anda hendaklah dipupuk setiap masa kerana ianya perlu di bimbing dan dikuatkan lagi dengan motivasinya yang tersendiri".. Hebat! Anda memang hebat....







"Mhhilman"